Monday, 28 September 2015

RED VELVET CAKE


Assalamualaikum. WELCOME TO MY BLOG. 

Terima kasih sudi meluangkan masa melawat blog saya ye. FIRST ENTRY, saya akan menulis resepi membuat KEK RED VELVET dengan CREAM CHEESE sebagai TOPPING? SUKA? Jom kita baca sampai habissssssss <3 <3 <3 

FIRST OF ALL, saya akan terangkan bahan-bahan. PAY ATTENTION guys :) 

BAHAN-BAHAN


BIL
BAHAN-BAHAN
KUANTITI
1
Gula kastor
300gm
2
Telur
3 biji
3
Serbuk koko
2 sudu besar
4
Pewarna merah
2 sudu besar
5
Tepung gandum
315gm
6
Esen vanila
1 sudu besar
7
Susu UHT
240ml
8
Serbuk penaik
1 sudu besar
9
Jus lemon
½ sudu
10
Gula aising
200gm
11
Mentega
1 pek
12
Krim cheese
1 pek


CARA PENYEDIAAN 


1.Sediakan semua bahan dan juga alatan memasak
sebelum membuat kek. 

2.Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam
mangkuk adunan.
 



3.Kacau sebati adunan sehingga berubah warna
daripada warna kuning 
terang menjadi kuning cair. 


4.Sambil mengacau adunan, masukkan telur satu
persatu.
 
5.Kemudian, sediakan satu mangkuk adunan yang
 bersih. 


Masukkan 
serbuk koko dan juga pewarna merah.
Masukkan satu sudu air masak 
dan kacau sehingga
larut.
 

6.Campurkan adunan serbuk koko tadi ke dalam
adunan kek. Kacau 
adunan hingga sebati. 

7.Masukkan secubit garam, tepung gandum, serbuk
penaik, esen 
vanila dan susu UHT ke dalam adunan
semula. Kacau sebati hingga 
likat dan sekata. 

8.Masukkan ½ sudu jus lemon ke dalam adunan dan
 kacau sebati.
 

9.Sediakan 1 loyang bulat, griskan loyang dengan
menyapu mentega 
ke seluruh bahagian loyang. 

10.Perlahan-lahan tuangkan adunan kek ke dalam
loyang. Sekatakan 
adunan dengan lidi atau skewer.


11.Panaskan ketuhar pada suhu 180*C. Selepas 5 minit,
 masukkan adunan 
tadi ke dalam ketuhar. Masak
selama satu jam.


12.Setelah kek masak, keluarkan loyang dari ketuhar.
 Selitkan pisau 
plastik di sekeliling kek untuk memastikan
kek tidak melekat pada loyang. 
Kemudian, terbalikkan
kek di atas tray jaring. Keluarkan kek daripada loyang 
dan sejukkan kek selama setengah jam.

13.Sementara menunggu kek sejuk, sediakan frosting
atau coating krim cheese.


14.Sediakan mangkuk adunan. Masukkan mentega
dan krim cheese. Kacau 
hingga sebati dan kemudian
masukkan gula aising dan juga esen vanila.


15.Kacau hingga sebati dan sekata sehingga menjadi
krim yang likat.


16.Setelah kek sejuk, letakkan di atas papan kek yang
berbentuk bulat.


17.Belah pada bahagian tengah dengan pisau pemotong
kek. Pastikan bahagian
 atas dan bawah kek sama besar.

18.Angkat lapisan atas kek. Sapukan adunan mentega
tadi pada bahagian 
kek yang telah dipotong tadi.
Ketebalan krim adalah sebanyak 2inci.


19.Letakkan semula lapisan atas kek dan sapukan
krim cheese di 
sekeliling kek.

20.Sebagai hiasan, taburkan cheese mozarella yang
diparut ke atas kek, 
sejukkan dulu sehari semalam dan
Kek Red Velvet boleh dihidangkan.


 ................ Hasil KEK RED VELVET anda ..............



SELAMAT MENCUBA :)