Assalamualaikum. WELCOME TO MY BLOG.
Terima kasih sudi meluangkan masa melawat blog saya ye. FIRST ENTRY, saya akan menulis resepi membuat KEK RED VELVET dengan CREAM CHEESE sebagai TOPPING? SUKA? Jom kita baca sampai habissssssss <3 <3 <3
FIRST OF ALL, saya akan terangkan bahan-bahan. PAY ATTENTION guys :)
BAHAN-BAHAN
BIL
|
BAHAN-BAHAN
|
KUANTITI
|
1
|
Gula kastor
|
300gm
|
2
|
Telur
|
3 biji
|
3
|
Serbuk koko
|
2 sudu besar
|
4
|
Pewarna
merah
|
2 sudu
besar
|
5
|
Tepung gandum
|
315gm
|
6
|
Esen
vanila
|
1 sudu
besar
|
7
|
Susu UHT
|
240ml
|
8
|
Serbuk
penaik
|
1 sudu
besar
|
9
|
Jus lemon
|
½ sudu
|
10
|
Gula
aising
|
200gm
|
11
|
Mentega
|
1 pek
|
12
|
Krim
cheese
|
1 pek
|
CARA PENYEDIAAN
1.Sediakan semua bahan dan juga alatan memasak
sebelum membuat kek.
2.Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam
mangkuk adunan.
3.Kacau sebati adunan sehingga berubah warna
daripada warna kuning terang menjadi kuning cair.
4.Sambil mengacau adunan, masukkan telur satu
persatu.
5.Kemudian, sediakan satu mangkuk adunan yang
bersih. Masukkan serbuk koko dan juga pewarna merah. Masukkan satu sudu air masak dan kacau sehingga larut.
6.Campurkan adunan serbuk koko tadi ke dalam
adunan kek. Kacau adunan hingga sebati.
7.Masukkan secubit garam, tepung gandum, serbuk
penaik, esen vanila dan susu UHT ke dalam adunan semula. Kacau sebati hingga likat dan sekata.
8.Masukkan ½ sudu jus lemon ke dalam adunan dan
kacau sebati.
9.Sediakan 1 loyang bulat, griskan loyang dengan
menyapu mentega ke seluruh bahagian loyang.
10.Perlahan-lahan tuangkan adunan kek ke dalam
loyang. Sekatakan adunan dengan lidi atau skewer.
11.Panaskan ketuhar pada suhu 180*C. Selepas 5 minit,
masukkan adunan tadi ke dalam ketuhar. Masak selama satu jam.
12.Setelah kek masak, keluarkan loyang dari ketuhar.
Selitkan pisau plastik di sekeliling kek untuk memastikan kek tidak melekat pada loyang. Kemudian, terbalikkan kek di atas tray jaring. Keluarkan kek daripada loyang
dan sejukkan kek selama setengah jam.
13.Sementara menunggu kek sejuk, sediakan frosting
atau coating krim cheese.
14.Sediakan mangkuk adunan. Masukkan mentega
dan krim cheese. Kacau hingga sebati dan kemudian masukkan gula aising dan juga esen vanila.
15.Kacau hingga sebati dan sekata sehingga menjadi
krim yang likat.
16.Setelah kek sejuk, letakkan di atas papan kek yang
berbentuk bulat.
17.Belah pada bahagian tengah dengan pisau pemotong
kek. Pastikan bahagian atas dan bawah kek sama besar.
18.Angkat lapisan atas kek. Sapukan adunan mentega
tadi pada bahagian kek yang telah dipotong tadi. Ketebalan krim adalah sebanyak 2inci.
19.Letakkan semula lapisan atas kek dan sapukan
krim cheese di sekeliling kek.
20.Sebagai hiasan, taburkan cheese mozarella yang
diparut ke atas kek, sejukkan dulu sehari semalam dan Kek Red Velvet boleh dihidangkan. |

No comments:
Post a Comment